Tidak!
Tidak akan pernah aku tinggalkan dirimu
Disini aku khabarkan pada semua
Kerana engkaulah yang terbaik, yang terindah
Tidak oh tidak akan pernah sekalipun,
Akan aku tetap disini, akan aku tinggal bersamamu
Untuk dicintaimu buat selamanya
Tidak!
Tiada pernah akan ku tinggalkan dirimu
Disini aku pertuturkan buat kamu
Walau pernah kita tercabar dahulu, walau kemudian
Disinilah aku buatmu
Kita berdua, mencipta sandiwara terindah
Lalu bercambahlah kasih kita
Adakah cinta ini terlalu banyak buatmu?
Tidakku rela bila di suatu pagi
Terjaganya aku dari tidur
Dan tiada dirimu dalam dakapanku
Takkan aku berdaya andai engkau berlalu pergi tanpaku
Kerana aku berjanji,
Dengarlah aku bicarakan
Takkan pernah aku pergi meninggalkan dirimu
Tidak, tidak, tidak!
Tidak akan pernah!
Kerana aku tahu
Kamu akan mencintai aku
Sepanjang kita berdua bersama
Aku akan mencintai kamu
~j shaun

0 comments:
Post a Comment